COMPANY 

Career

CTCS WORLDWIDE SDN BHD
(1312099-M)

CWSB telah ditubuhkan secara rasmi pada 3 Januari 2019 dan merupakan anak syarikat milik penuh (100%) Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) iaitu sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perindustrian Perladangan dan Komoditi (MPIC). Anak Syarikat MTIB ini ditubuhkan hasil daripada cadangan pemindahan/penyerapan program Certified Timber Credible Supplier (CTCS) yang telah mula beroperasi pada tahun 2013 sehingga awal tahun 2019. Program CTCS telah dibiayai oleh Majlis Kayu Malaysia (MTC) dan telah dilaksanakan oleh Urusetia CTCS yang berpengkalan di Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan Dan Perabot Bumiputra Malaysia (PEKA). Pembiayaan program CTCS oleh MTC adalah untuk mempromosikan penggunaan kayu bersijil dan meningkatkan bilangan penglibatan usahawan Bumiputera di dalam industri pembinaan.


Jawatan Kosong (Kuala Lumpur - Cheras)

  1. BUSINESS DEVELOPMENT & MARKETING EXECUTIVE
  2. DESIGN, ID & PLANNING EXECUTIVE
  3. TECHNICAL EXECUTIVE (ENGINEERING)


Kelayakan/Deskripsi

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  2. Sekurang-kurangnya Diploma atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan-jawatan di atas
  3. Kemahiran menulis dan berkomunikasi dengan baik
  4. Bersikap positif, berperwatakan menarik dan berpengetahuan luas
  5. Fleksibel; keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keutamaan dan pelbagai tugas


KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN DAN ELAUN-ELAUN

Pakej gaji, elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan lain akan diberikan kepada calon-calon yang dilantik berdasarkan kelayakan dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.


Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara ONLINE / bertulis dan dikemukakan kepada:


CTCS WORLDWIDE SDN BHD (1312099-M),

Tingkat 12 Menara PGRM 2,

No 8 Jalan Pudu Ulu, Cheras,

56100 Kuala Lumpur.

Tel : +603-92868533/ +603-92266533

Website : www.ctcs.com.my
Email:
urusetia@ctcs.com.my 

Permohonan hendaklah disertakan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
Tarikh tutup permohonan : 18 September 2020


CATATAN AM

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

COMPANY   

Last Updated :: 21 September 2020 12:10 PM
© 2020 CTCS Worldwide Sdn Bhd