Galeri Glulam Johor Bahru


Projek Galeri Glulam ini dibina di atas tanah milik Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan lokasi yang strategik di pertengahan laluan utama industri antarabangsa dengan keluasan 4.9 ekar di Jalan Tampoi, Johor.
Projek ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Rercords pada 15 Mac 2012 kerana menggunakan glue-laminated timber (Glulam) sebagai bahan struktur menanggung beban melebihi 80% penggunaan kayu bagi memenuhi konsep rekabentuk yang bercirikan bangunan ikonik glulam.
Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 22 Mei 2012.
Projek ini telah bermula dalam tahun 2009 melalui proses rekabentuk selama hampir satu tahun dan pelaksanaan pembinaan bangunan selama dua tahun. Projek ini telah siap pada 15 November 2011 dan diserahkan pada 5 Disember 2011 kepada MTIB oleh JKR sebagai Badan Penguasa Projek.




- Galeri Glulam
Mukim Tebrau, 19851,
Jalan Tampoi,
Kawasan Perindustrian Tampoi,
81200 Johor Bahru, JOHOR
- WISDEC Sabah
Lot 4, Fasa 1, Jalan Timur 6,
Taman Perindustrian Kota Kinabalu,
Peti Surat 177, Pos Mini Indah Permai,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
- Galeri Glulam
Mukim Tebrau, 19851,
Jalan Tampoi,
Kawasan Perindustrian Tampoi,
81200 Johor Bahru, JOHOR
- WISDEC Sabah
Lot 4, Fasa 1, Jalan Timur 6,
Taman Perindustrian Kota Kinabalu,
Peti Surat 177, Pos Mini Indah Permai,
88450 Kota Kinabalu, Sabah