KORPORAT

PROFIL CWSB

CTCS Worldwide Sdn Bhd

CTCS Worldwide Sdn Bhd (CWSB) telah ditubuhkan pada 23 Januari 2019 dan merupakan anak syarikat kepunyaan penuh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), sebuah badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Objektif Penubuhan

Objektif penubuhan CWSB adalah bertujuan untuk mempromosi dan meningkatkan penggunaan kayu bersijil di dalam industri binaan tempatan terutamanya syarikat pemaju berkaitan kerajaan (GLC) dan mewujudkan senarai pembekal berwibawa yang memberi fokus kepada pengusaha Bumiputera.

MISI

Mempromosi dan memperkasa penggunaan kayu dan produk kayu di dalam industri pembinaan di Malaysia melalui pembangunan pemasaran, pengukuhan kompetensi usahawan Bumiputera serta pematuhan pensijilan yang diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.

VISI

Menjadi syarikat pemangkin utama kepada kejayaan pembangunan industri kayu di Malaysia

Muat Turun Profil Syarikat