Rumah Melaka telah dibina atas tanah seluas 5 ekar di Bukit Katil, Melaka. Berkonsepkan ciri-ciri rumah tradisional rumah Melaka Melayu lama dengan tangga batu yang menjadi identiti dan keunikan rumah negeri di Melaka.
Rumah Melaka dibina dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman para spesifier, arkitek, jurutera, jurubina, pereka dalaman, landskap arkitek dan pelajar-pelajar serta rakyat Malaysia dan pengunjung terhadap perkembangan dan kepentingan perusahaan kayu kepada sosio ekonomi Malaysia amnya selain memajukan lagi industri perkayuan serta pelancongan negara.
Rumah Melaka juga menempatkan bahan dan barang pameran yang akan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan serta pembangunan semasa industri perkayuan negara.