CTCS Worldwide Sdn Bhd (CWSB) telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pada Januari 2019 dan adalah merupakan anak syarikat kepunyaan sepenuhnya Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Pembentukan CWSB sebagai sebuah syarikat adalah lanjutan dari Program CTCS yang telah dijalankan sebagai sekretariat bermula September 2013 hingga Januari 2019. CTCS adalah program yang diwujudkan untuk mempromosikan penggunaan kayu bersijil di dalam industri pembinaan menggunakan produk-produk usahawan Bumiputera.
CWSB adalah sebuah syarikat pengurusan projek dan menyokong usahawan PKS Bumiputera di dalam mendapatkan peluang di pasaran projek samada di peringkat swasta, GLC atau Kerajaan. CWSB menawarkan keupayaan di dalam pengendalian mutu produk, penjenamaan, reka bentuk, peningkatan kapasiti, pemasaran strategik dan harga yang kompetitif untuk memastikan kredibiliti, daya saing dan kelestarian.
GARIS MASA KRONOLOGI CTCS
MISI
Mempromosikan dan memperkasakan penggunaan kayu dan produk kayu di dalam industri pembinaan Malaysia.
VISI
Menjadi sebuah organisasi yang mampu bertahan lama dan proaktif di dalam memberikan kelebihan untuk berdaya-saing kepada Vendor PKS dan Bumiputera.