21-22 JUN 2024 | KUALA LUMPUR
CTCS Worldwide Sdn Bhd dengan jayanya telah mengadakan satu sesi libat urus iaitu Connecting for Success: Transforming Our Vendor System. Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 60 orang peserta yang terdiri daripada wakil Kementerian, agensi kerajaan serta vendor-vendor CTCS.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk merangka dan membentuk mekanisme sistem vendor yang lebih mampan, responsif dan berstruktur, selaras dengan persediaan CTCS sebagai anchor dalam memasuki pasaran terbuka dan terjamin.
Diharapkan program ini dapat menyumbang khususnya kepada kemajuan usahawan bumiputera industri perkayuan dan seterusnya dapat memberi dorongan signifikan supaya hala tuju yang telah ditetapkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Program dua (2) hari ini telah dihadiri oleh Pengerusi CTCS, YBhg. Dato’ Razali Mohamad, Ketua Pengarah MTIB, YBrs Tuan Saiful Bahri Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan dan Komersial) MTIB, Ts. Farydatul Nazly Mohd Zin, Pengarah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera MTIB, Dr. Haji Norazli Haji Ismail, Presiden PETRA, En Nik Asmawie Nik Lah, pegawai-pegawai Kementerian Perladangan dan Komoditi, pegawai-pegawai MTIB, wakil dari MTC dan MTCC serta industri. CTCS ingin mengucapkan setinggi penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan demi kelangsungan dan kelestarian vendor-vendor yang bernaung dibawah CTCS.
@mykomoditi
@mtib_official
@petraperabot
@mtcc_my
@mtc_my
#CTCS
#KPK
#MTIB
#MYKomoditi
#usahawan
#perkayuan
#EmpoweringWoodBusiness
#PembangunanUsahawan
#IndustriPerkayuan

