Kunjungan Hormat Ke Kraftangan Malaysia

17 OKTOBER 2025 | PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA, KUALA LUMPUR

CTCS Worldwide Sdn. Bhd. bersama-sama wakil MTB telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kunjungan ini telah disambut baik oleh YBrs. En. Abdul Halim bin Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) serta para pegawai Kraftangan.

Pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh jaringan kolaborasi strategik antara kedua-dua agensi dalam memperkasakan industri berasaskan kayu dan kraf tempatan seiring dengan usaha memartabatkan hasil tangan serta inovasi anak tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa.

@kraftanganmalaysia

#CTCS
#KPK
#MTIB
#MYKomoditi
#usahawan
#perkayuan
#EmpoweringWoodBusiness
#PembangunanUsahawan
#IndustriPerkayuan
#kraftanganmalaysia
#womenempowerment
#girlspower