CTCS berbesar hati hadir ke Majlis Apresiasi Festival Taman Kuala Lumpur untuk sesi penyerahan perabot CTCS x UiTM kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Wilayah Persekutuan, dan diiringi Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Penyerahan ini merupakan simbolik kerjasama di bawah inisiatif 4P — Public- Private-People- Partnership yang didukung oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Sebanyak 3 buah perabot pemenang Pertandingan Perabot Awam CTCS dari UiTM Kampus Puncak Alam telah terpilih dan ditempatkan di bawah seliaan DBKL iaitu “Symphonic Pause”, “Rivulet Bench”, dan “The Cloak”. Perabot ini juga telah dihasilkan oleh vendor di bawah CTCS iaitu Katta Kayu.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada DBKL, UiTM Puncak Alam dan vendor CTCS yang terlibat kerana telah merealisasikan idea dan inovasi pelajar menjadi satu kenyataan!
#CTCS
#KPK
#MTIB
#MYKomoditi
#usahawan
#perkayuan
#EmpoweringWoodBusiness
#PembangunanUsahawan
#IndustriPerkayuan
#mtc
#mwe2025

