Lawatan Ke Fuse Kuala Lumpur

15 JANUARI 2026 | SELANGOR

CTCS telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan ke Fuse Kuala Lumpur, sebuah fragrance house tempatan yang komited mempromosikan Oud Malaysia ke peringkat global serta menyokong pembangunan mampan industri gaharu. Lawatan ini bertujuan membincangkan hala tuju industri gaharu dari aspek nilai tambah, penjenamaan dan akses pasaran. Lawatan ini telah disambut baik oleh En. Johari dan Encik Arfan.

Lawatan ini disertai oleh YBhg. Dato’ Razali bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan & Komoditi), Kementerian Perladangan dan Komoditi selaku Pengerusi CTCS, YBrs. Tuan Saiful Bahri bin Salleh, Ketua Pengarah MTIB, YBrs. Puan Hamidah Abdullah, Pengurus Besar CTCS, YBrs. Ir. Ts. Dr. Izwan bin Johari, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri; Puan Nor Shahira binti Mat Nasir, Penolong Pengarah Unit Standard dan Industri Berasaskan Sumber MTIB serta pegawai-pegawai CTCS.

@mtib_official
@fusekualalumpur

#CTCS
#KPK
#MTIB
#MYKomoditi
#usahawan
#perkayuan
#EmpoweringWoodBusiness
#PembangunanUsahawan
#IndustriPerkayuan