1 FEBRUARI 2024 | Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang
Satu perbincangan bersama pihak Universiti Teknologi Mara telah diadakan di UiTM Jengka, Pahang. Perbincangan ini menggariskan kerjasama di antara CTCS dan pihak UiTM Jengka, Bahagian Teknologi Kayu dalam mendapatkan perkongsian berkenaan Alternatif Medium Ukiran. Dapatan ini penting supaya satu informasi dapat diwujudkan bagi mengklasifikasikan jenis-jenis kayu lokal dan kayu temperate terhadap kesesuaianya sebagai medium ukiran.
Diharapkan perbincangan ini dapat mewujudkan satu kolabarasi yang membawa kepada penghasilan rekabentuk dan idea yang lebih unik dan menarik. Seterusnya, menyumbang kepada penghasilan produk perkayuan yang bermutu tinggi.
#ctcs
#mtib
#kpk
#mykomoditi
#kayumalaysiakelestarianteraskeunggulan
#timber
#uitm
#carving
#wood