11 MAC 2024 | FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), SELANGOR
Pengurus Besar CTCS, Puan Hamidah Abdullah, YBhg. Dato’ Muhammad Anuar Mat Bakar, Ahli Lembaga Pengarah CTCS serta semua pegawai CTCS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Program Pemprosesan Dan Sifat-Sifat Kayu, Forest Research Institute Malaysia yang diwakili oleh Dr. Roszaini binti Kadir, Pegawai Penyelidik Kanan di jabatan tersebut.
Lawatan ini bertujuan untuk untuk memberi pendedahan berkenaan ciri-ciri kayu, jenis kecacatan serta pengenalan terhadap jenis-jenis serangga perosak kayu seperti serangga pengorek dan anai-anai. Selain itu, lawatan ini memberi peluang kepada pegawai-pegawai CTCS untuk melihat sendiri jenis, anggota, dan rupa anai-anai, serta melihat proses kerosakan oleh anai-anai tersebut terhadap kayu.
Diharapkan lawatan ini dapat memberi pengetahuan baharu kepada semua kakitangan CTCS.
#ctcs
#mtib
#kpk
#mykomoditi
#timber
#frim
#termites
#kingqueenoftermite
#woodborer