Bumiputera Empowerment Retreat

10 SEPTEMBER 2024 | CYBERVIEW RESORT & SPA, CYBERJAYA

CTCS Worldwide Sdn Bhd dengan jayanya telah mengadakan satu sesi libat urus iaitu Bumiputera Empowerment Retreat. Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 60 orang peserta yang terdiri daripada wakil Kementerian, agensi kerajaan dan swasta, serta wakil industri perkayuan.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai persepsi terhadap CTCS dan peranannya untuk memperkasakan dan memperjuangkan usahawan Bumiputera serta mengenalpasti pendekatan yang lebih relevan dan tepat bagi mencapai hala tuju CTCS. Selain itu, maklumbalas yang diperoleh ini juga akan dijadikan sebagai sokongan dan penanda aras agar CTCS dapat menjadi Anchor untuk usahawan Bumiputera.

Diharapkan program ini dapat menyumbang khususnya kepada kemajuan usahawan bumiputera industri perkayuan dan seterusnya dapat memberi dorongan yang signifikan supaya hala tuju yang telah ditetapkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Program ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah MTIB, YBrs. Tuan Saiful Bahri Salleh, Ahli Lembaga Pengarah MTIB, Tuan Aziz Mahadi, Pengarah Pembangunan Industri MTIB, Ts. Farydatul Nazly Mohd Zin, Pengarah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera MTIB, Dr. Haji Norazli Haji Ismail, Presiden PEKA, Tuan Haji Farosham Naizamohideen, Presiden PETRA, En Nik Asmawie Nik Lah, Ahli Lembaga Pengarah CTCS, pegawai-pegawai Kanan Kementerian Kewangan dan Perladangan dan Komoditi, wakil-wakil Agensi Kerajaan dan swasta serta industri.

@mtib_official
@mykomoditi
@mof_malaysia
@matrade_hq
@mtc_my
@langkawi_lada

#CTCS
#MTIB
#KPK
#MOF
#MOE
#MATRADE
#PERNAS
#UEMEDGENTA
#PETRA
#PEKA
#MyKomoditi
#Bumiputera
#HowCanWeHelp?
#BumiputeraEmpowerment
#Retreat