Kunjungan Hormat Daripada Wakil Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur Dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Alor Setar.

18 JUN 2025 | PEJABAT CTCS WORLDWIDE SDN BHD, KUALA LUMPUR

CTCS Worldwide Sdn. Bhd dan Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (BPEB), MTIB telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Alor Setar.

Delegasi tersebut diketuai oleh Encik Mohd Khaizan Dahlan, Timbalan Pengarah I, Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Encik Ku Madzly Ku Yahya, Pengarah IKM Alor Setar, serta diiringi oleh pegawai-pegawai MARA dan IKM.

Kunjungan ini telah disambut oleh Dr. Norazli, Pengarah BPEB, Puan Hamidah Abdullah, Pengurus Besar CTCS, serta kakitangan MTIB dan CTCS. Tujuan utama kunjungan ini adalah bagi mengenal pasti potensi ruang dan peluang kerjasama strategik antara MTIB, MARA, IKM Alor Setar dan CTCS, khususnya dalam pembangunan industri perkayuan Bumiputera.

Adalah diharapkan agar pertemuan ini menjadi pemangkin kepada usaha bersama dalam memperkukuh ekosistem industri perkayuan dan memperkasakan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor ini.

@mtib_official
@majlisamanahrakyat
@ikmalorsetar

#CTCS
#MARA
#ikmalorsetar
#KPK
#MTIB
#MYKomoditi
#usahawan
#perkayuan
#EmpoweringWoodBusiness
#PembangunanUsahawan
#IndustriPerkayuan