Kunjungan Hormat ke Pejabat KSU Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kunjungan Hormat ke Pejabat KSU Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

16 JANUARI 2024 | Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya

Pengerusi CWSB, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Mohd Karli merangkap Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg. Dato’ Indera Nik Nasaruddin Mohd Zawawi hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan isu-isu semasa melibatkan pembekalan perabot-perabot kayu ke sekolah terutamanya dalam memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan negara dan mendepani cabaran masa kini. CWSB bertanggungjawab untuk mempromosi dan memperkasakan serta membangunkan penggunaan kayu dan produk kayu keluaran usahawan Bumiputera dalam industri perkayuan negara.

Diharapkan dengan kunjungan hormat ini dapat membuka peluang dan kerjasama antara CWSB dan KPM. Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah CTCS Worldwide Sdn. Bhd.(CWSB), YBrs. Ts. Dr Mohd Nor Zamri Mat Amin, Pengurus Besar CWSB, Puan Hamidah Abdullah serta Pengarah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera MTIB, Haji Norazli bin Ismail.

#ctcs
#mtib
#kpk
#mykomoditi
#kayumalaysiakelestarianteraskeunggulan
#timber
#moe

Leave A Comment