8 FEBRUARI 2024 | Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Shah Alam
Pengurus Besar CTCS, Puan Hamidah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Ir. Haji Md. Kamarzan Bin Md. Rais.
Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama diantara CTCS dan PKNS berkenaan penggunaan produk kayu dalam projek- projek perumahan PKNS. Selain itu turut membincangkan akan kepentingan mendapatkan khidmat Timber Verification Services bagi setiap produk kayu yang digunakan. CTCS juga menawarkan pembekalan perabot kayu bina dalam dan mudah alih dari vendor-vendor sedia ada CTCS ke dalam projek PKNS.
Diharapkan dengan kunjungan hormat ini dapat membuka peluang dan kerjasama antara CTCS dan PKNS.
#ctcs
#mtib
#kpk
#mykomoditi
#kayumalaysiakelestarianteraskeunggulan
#timber
#pkns