Lawatan Vendor CTCS

29 DISEMBER 2025 | NEGERI SEMBILAN

Puan Hamidah Abdullah, Pengurus Besar CTCS Worldwide Sdn Bhd serta pegawai-pegawai CTCS telah mengadakan lawatan ke Syarikat Perabot Unggul Sdn Bhd yang terletak di Nilai, serta Famili Trading & Marketing di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Lawatan ini telah disambut baik oleh pemilik syarikat, Encik Jamil (Syarikat Perabot Unggul Sdn Bhd) serta Encik Mohamad (Famili Trading & Marketing).

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau secara langsung perkembangan semasa industri perabot dan perkayuan dalam kalangan usahawan Bumiputera, khususnya di Negeri Sembilan. Lawatan ini turut menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan mesra serta membina jaringan strategik antara kedua-dua pihak.

Sepanjang sesi lawatan, pihak syarikat telah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan status terkini industri perabot dan perkayuan di Malaysia, termasuk cabaran semasa serta potensi masa depan industri tersebut.

#CTCS
#KPK
#MTIB
#MYKomoditi
#usahawan
#perkayuan
#EmpoweringWoodBusiness
#PembangunanUsahawan
#IndustriPerkayuan