Majlis Sambutan Ulang Tahun CWSB Yang Ke-5 Tahun

Majlis Sambutan Ulang Tahun CWSB Yang Ke-5 Tahun

29 JANUARI 2024 | MENARA PGRM 2

SELAMAT ULANG TAHUN KE-5 CWSB

CWSB telah mengadakan Majlis Sambutan Ulangtahun CWSB yang ke-5 di ibu pejabat CTCS Worldwide Sdn Bhd. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi CWSB, YBhg Dato’ Mad Zaidi Mohd Karli, Ketua Pengarah MTIB, YBrs. Ts. Dr. Mohd Zamri Mat Amin, Ahli Lembaga Pengarah CWSB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Encik Mokhtar Mohd Yaacob, Pengarah-pengarah dan wakil-wakil bahagian MTIB serta wargakerja CWSB dan MTIB.

Majlis disambut secara sederhana dengan tayangan montaj 5 tahun CWSB dan pelancaran A Wood A Day (AWAD) oleh Pengerusi CWSB. A Wood A Day merupakan inisiatif baru CWSB dimana Instagram CWSB akan memaparkan perihal kayu yang berlainan setiap hari. Perkongsian ini diharap akan dapat meningkatkan pengetahuan yang lebih meluas berkenaan kayu dan produk kayu.

CWSB merakamkan ribuan terima kasih kepada tetamu kehormat dan rakan-rakan industri perkayuan yang turut hadir memeriahkan lagi sambutan ini. Diharapkan CWSB akan lebih cemerlang pada tahun-tahun mendatang serta memberi manfaat dalam merancakkan pertumbuhan industri perkayuan negara.

#ctcs
#mtib
#mykomoditi
#kpk
#timber
#kayumalaysiakelestariankeunggulan
#awoodaday

Leave A Comment