2 SEPTEMBER 2024 | INSTITUT TADBIRAN AWAN NEGARA (INTAN), KUALA LUMPUR
CTCS Worldwide Sdn Bhd telah menyertai pameran sempena Minister’s Conversation 2024 oleh Menteri Perladangan dan Komoditi YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang bertajuk “Mengupayakan Perladangan dan Komoditi Negara, Sejahterakan Rakyat”, yang diadakan di INTAN, Bukit Kiara.
Dalam ucapannya kepada 600 peserta yang hadir, YB Datuk Seri Johari menjelaskan mengenai sumbangan pekebun-pekebun kecil dan pemain-pemain industri yang terlibat dalam sektor Agrikomoditi kepada pembangunan negara, serta kesejahteraan rakyat.
CTCS telah mempamerkan beberapa produk vendor di pameran tersebut. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan.