Perbincangan Kerjasama Di Antara CTCS, PEKA dan Hommax Furniture

Perbincangan Kerjasama Di Antara CTCS, PEKA dan Hommax Furniture

22 FEBRUARI 2024 | HOMMAX FURNITURE SDN BHD

Satu perbincangan bersama pihak MTIB, PEKA dan Hommax Furniture Sdn Bhd, telah diadakan di kilang Hommax Furniture Sdn Bhd.

Perbincangan ini berkaitan kerjasama di antara CTCS, pihak PEKA dan pihak Hommax Furniture Sdn Bhd berkenaan Program Pembangunan Usahawan Bumiputera yang akan dijalankan di Kilang MTIB Parit Jamil. Perbincangan ini memfokuskan ke arah pelan pelaksanaan dan hala tuju program ini. Diharapkan selepas perbincangan ini, program pembangunan usahawan bumiputera akan dijalankan secepat mungkin.

Perbincangan ini turut dihadiri oleh Pengarah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera MTIB, Hj Norazli Ismail, Presiden Persatuan Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA), Hj Farosham Naizamohideen, Ahli Lembaga Pengarah CTCS, Dato’ Muhamad Anuar Mat Bakar dan En. Mohammad Ghazali Mohd Dau, Pengurus Besar CTCS, Pn Hamidah Abdullah dan juga turut serta beberapa kakitangan CTCS Dalam perbincangan tersebut.

#ctcs
#mtib
#kpk
#mykomoditi
#kayumalaysiakelestarianteraskeunggulan
#timber
#bumiputera
#hommaxfurniture