Sumbangan Gazebo Kayu Chengal Ke Sekolah Menengah Seri Puteri (SESERI), Kuala Lumpur.

22 OGOS 2024 | SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI (SESERI), KUALA LUMPUR

Baru-baru ini CTCS telah menyumbangkan sebuah Gazebo kayu Chengal ke Sekolah Menengah Seri Puteri, Kuala Lumpur (SESERI), Kuala Lumpur. Sumbangan ini diharapkan dapat menjadi perintis dalam projek pembinaan gazebo di SBP seluruh Malaysia.

Tujuan sumbangan ini juga adalah untuk mempromosi dan memperkasakan penggunaan kayu dalam pembinaan. Selain itu, gazebo ini diharapkan juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kebaikan dan keindahan penggunaan kayu di kalangan guru, ibu bapa dan pelajar SESERI. Selain itu, secara tidak langsung dapat membuka peluang pasaran kepada usahawan perkayuan Bumiputera.

Penyerahan gazebo ini diraikan dengan sebuah Majlis khusus yang dihadiri oleh Pengetua SESERI YBrs. Pn Norzila Binti Ali Musa, Yang DiPertua PIBG SESERI ,YBrs. Ir. En Wan Musa Shah bin Wan Mohamad, Naib Yang DiPertua PIBG, YBrs. En Abdul Razak bin Mohd Ali
Ahli Lembaga Pengarah CTCS, Pengurus Besar CTCS, guru-guru, serta wakil-wakil MTIB dan CTCS. Majlis ini diadakan pada 22 Ogos 2024 bertempat di padang sekolah SESERI

@mtib_official
@seseriofficial

#ctcs
#mtib
#kpk
#mykomoditi
#seseri
#csr
#gazebo