[Wilayah Tengah] ESG Essentials: Navigating Implementation In The Timber Industry

[Wilayah Tengah] ESG Essentials: Navigating Implementation In The Timber Industry

16-17 JANUARI 2024 | Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam

MTIB telah menganjurkan ESG Essentials: Navigating Implementation In The Timber Industry bagi Siri Wilayah Tengah dimana bengkel diuruskan oleh CWSB sebagai penyedia latihan. Bengkel ini diadakan dari 16 – 17 Januari 2024.

Pengarah Pembangunan Perdagangan, Puan Noorazimah binti Sarkom @ Hj Othman telah memberikan ucapan pembukaan pada bengkel yang bermula pada hari ini. Beliau berkata bengkel ini adalah sebahagian daripada inisiatif MTIB untuk menaikkan imej industri ini sebagai satu industri yang mampan dan berdaya saing memandangkan ia kini menjadi antara keperluan pasaran sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Secara umumnya, ESG merupakan kriteria yang digunapakai untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaan aktiviti sesebuah syarikat melalui prestasi kewangan dan operasi mereka. Kini, dengan meningkatnya kesedaran mengenai pengaruh ESG untuk sesebuah syarikat, ESG menjadi tumpuan para pelabur, pihak kerajaan, institusi kewangan dan orang ramai yang semakin memberi perhatian mengenainya.

#ctcs
#mtib
#kpk
#mykomoditi
#kayumalaysiakelestarianteraskeunggulan
#timber
#esg

Leave A Comment