Kunjungan Hormat CWSB ke Perbadanan PR1MA Malaysia

Kunjungan Hormat CWSB ke Perbadanan PR1MA Malaysia

17 November 2023 | Perbadanan PR1MA Malaysia, Petaling Jaya

Pengurus Besar, Puan Hamidah Abdullah telah mengadakan kunjung hormat bersama pegawai-pegawai CWSB kepada YBrs. Puan Ezlina binti Adnan, Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat PR1MA di Perbadanan PR1MA Malaysia, Petaling Jaya pagi tadi. PR1MA ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan kerjasama strategik yang bersifat dua hala yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

#ctcs
#mtib
#pr1ma
#timber
#kayu
#kayumalaysiakelestarianteraskeunggulan