Lawatan Pengurus Besar CTCS ke Export Furniture Exhibition (EFE) 2024

Lawatan Pengurus Besar CTCS ke Export Furniture Exhibition (EFE) 2024

6 MAC 2024 | KUALA LUMPUR

Pengurus Besar CTCS, Puan Hamidah Abdullah serta beberapa orang pegawai CTCS telah mengadakan lawatan ke Export Furniture Exhibition 2024 (EFE) yang berlangsung pada 4 – 7 Mac 2024 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

Pihak CTCS berkesempatan melawat Booth MTIB serta usahawan-usahawan Bumiputera yang berada di pameran bagi menilai potensi kerjasama yang boleh dilakukan.

Di EFE 2024 ini, terdapat reka bentuk moden dan kontemporari terkini dalam perabot untuk bilik tidur, ruang tamu, dapur, kawasan kanak-kanak, pejabat, ruang tamu luar dan ruang istirahat hotel dipamerkan.

#ctcs
#mtib
#kpk
#mykomoditi
#timber
#woodlovers
#furniture
#efe2024